Apa guna kepuk diladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati
Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung
Limau bentan ditepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau dihutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung
Anak cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kau takkan kulepaskan lagi
Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal
Langkah pahlwan ditengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal
Banyak batang tumbuh cendawan
cendawan kukur jalan ke huma
Banyak orang mengaku pahlawan
Sambutlah pukul tikam pertama
Apa guna kepuk diladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris dipinggang
Kalau tidak berani mati
Adakah perisai bertali rambut
Rambut perisai akan cemara
Adakah bisai tahu takut
Kami juga muda lagi perkasa
Air dalam bertambah dalam
Hujan dihulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata
Sungguh cantik bunga yang merah
Malangnya lama tidak disirami
Kalau jasadku rebah ke tanah
Rela aku disemadikan disini
Anna abadi pergi ke lukut
Bawa pulang kacang panjang
Sedikit pun hamba tak takut
Kalau berani turun gelanggang
والسلام....وإلقـأ


No comments:
Post a Comment