Seronok la juga.. Aku rasa tenang je bile dengar bende2 cmni.. Setiap maksud zikir yang disebut memberi makna dan motif yang sama walaupun susunan kalimahnya berbeza. Semuanya memuja dan memuji tuhan.. Biasalah,cara kita berterima kasih kepada yang banyak berjasa kepada kita mcm tu la caranya..Lebih-lebih lagi,tuhan memg menggalakan hamba-hambanya mengingati dan memuji dia..Selepas part zikir,ada pula part bacaan quran dari sheikh terkenal dari mesir,Sheikh Muhammad Jibril membaca surah az zariat,at thur dan an najm.. Dia bace 3 Surah turut2 tanpa henti. tak letih k.? memg la. da nama pon rakam.. hehe..Selepas itu,diikuti pula tazkirah dan alunan sajak yang telah dirakam oleh pihak radio..Part yang paling best aku dengar malam tu mase ade org bace surah al-alaq.Aku kagum gile dengan maksudnya yang lebih kurang mcm ni :
Dengan nama tuhan Yang Maha pemurah lagi maha mengasihani
Bacalah dengan nama tuhanmu yang mencipta,
Menciptakan manusia daripada segumpal darah,
Bacalah dan tuhanmu muliakanlah,
Yang mengajar manusia melalui kata-katanya(Al-Quran)
Mengajar manusia apa yang belum diajarkan(kepada mereka)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang Manusia berasa samseng(bangga atau sombong)
Apabila mereka merasakan bahawa mereka cukup
Surah Al-alaq: 1-7
Sekarang,aku nk bgtahu nape aku garis part tu.. mesti ada maksud dia tol tak.? Mana ade manusia nak buat sesuatu perkara dengan saje2 je.. Gila la tu namanya.. :P . Sampai part tu,aku mula berfikir,kenapa manusia ni jadi sombong.? apa yang mencukupkan mereka sebenarnya.? dari mana datang rasa bangga ni.?Aku fikir punya fikir punya fikir,baru aku tahu bahawa kebanyakanmanusia bangga dengan ilmu yang dimiliki oleh mereka..Dengan ilmu,mereka boleh meningkatkan taraf hidup dan diri mereka.. Merka akan dipandang tinggi dikalangan masyarakat.. Merka yang berilmu juga menjadi orang-orang yang diharap untuk memajukan sebuah negara..
Tetapi,kebanyakan manusia didunia ini selalu berasa bangga.. Merka merasakan bahawa mereka tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Sifat mazmumah ni wajib diperbaiki sebelom anda diperbaiki.. Mereka bole menjadi mulia sekiranya mereka menggunakan nikmat tuhan dengan baik..
""Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)" (az zumar-49)

-Sodaqallah hul adzim-
Dalam hal ini,kita kene sentiasa ingat dan saling ingat mengingati antara satu sama lain bahawa mulianya kita kerana ilmu yang kita miliki buknlah mulia yang menjadi milik kita selamanya. Kemuliaan adalah milik allah dan daripada allah kita peroleh dan kepada allah dikembalikan.. Allahlah yang memuliakan sesiapa yang dikehendakinya., Allahlah yang menghina kepada sesiapa yang dia mahu.. Tiada yang baqa dari diri kita melainkan amalan yang sentiasa dicatit oleh para malaikat yang sentiasa mengawasi manusia sehingga manusia menemui ajal..
Kepada mereka yang berilmu yang merasakan mereka hebat,ingatlah bahawa tanggungjawab kamu hanyalah sebagai khalifah dan kamu wajib membentuk hidupmu untuk berbakti kepada masyarakat yang susah dari segi apa pun.. Kamu wajib menyumbang ilmu,materials,kemahiran dan tenaga.. Sekiranya kamu melakukan kerana allah,pasti dunia ini seolah-olah milik kamu.. Semakin banyak ilmu kamu,semakin besar tangungjawabmu.. Tak salah kita menuntut ilmu walau banyak mana sekalipun tetapi perlulah diterapkan dengan amalan-amalan. Kalau kita hanya pandai berfikir,IQ tinggi kononya tetapi dari segi amalanya kosong,lebih baik renung terlebih dahulu sebelum kamu direnungkan oleh mereka-mereka yang dapat menyedarkan kamu..
Jadi kawan-kawan.. Perlukah kita berbangga dengan apa yang kita miliki.?Jangan lah jadi seperti haman dizaman pemerintahan firaun yang menggunakan ilmunya ke arah kejahatan.. Sentiasalah kita berwaspada dengan apa yang diperkatakan dan apa yang dilakukan..
والسلام....وإلقـأ

No comments:
Post a Comment