Kata-kata yang akan anda baca ini adalah benar kerana kata-kata itu datang dari tuhan sendiri yang termaktub didalam kitab injil yang diturunkan kepada nabi isa atau kini yang dikenali secara umumnya sebagai jesus.. Dia(Allah) mengasihanimu dan dia(Allah) adalah kekasih yang anda cari selama ini..Tulisnya artikel ini tidak bermakna sama sekali yang saya telah memeluk agama kristian,tetapi niat saya disini hanyalah untuk mencari kasih sayang dan mendekatkan diri kepada tuhan rabbul alamin.Saya tetap bersaksi bahawa Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh allah.Saya tidak bermaksud post kali ini untuk dijadikan bahan bacaan dan ikutan terutama kepada followers seksyen27.blogspot.com ini dan kepada semua umat islam yang saya kasihi tetapi Artikel kali ini hanyalah untuk motivasikan rohani saya sendiri.Sekiranya anda kagum dengan artikel ini,pertama sekali yang perlu anda lakukan demi keselamtan diri anda drpd terpesong akidah adalah ubahkn niat anda bahawa anda membaca hanya untuk mencari cinta Allah kepada diri sendiri. Dan inilah surat cintanya :
Semua ayat yang saya tulis dibawah adalah sama dengan satu ayat al-quran didalam surah al-baqarah ayat 186 yaitu
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (186) al-baqarah
Hambaku,Engkau mungkin tidak mengenalku..Tetapi aku mengenal segala sesuatu tentangmu. Aku tahu kalau engkau duduk atau berdiri,aku mengerti segala jalanmu. (mazmur :139:3)
Engkau ada bukan kerana suatu kesalahan,kerana hari-harimu(takdir-takdirmu) telah tertulis didalam kitab-ku (mazmur 139:15-16)
Aku telah menentukan waktu yang tepat untuk hari kelahiranmu dan dimana engkau akan hidup(didunia) (kisah para rasul 17:28)
Kejadianmu dasyat dan ajaib.. Kerana aku menenun(menjaga) kau didalam kandungan ibumu..(mazmur 139:13)
Dan mengeluarkan kau pada hari kau dilahirkan (Mazmur 71:6)
Seringkali,aku tidak faham..Oleh mereka yang tidak mengenaliku ( Yohanes 8 :41-44)
Aku tidak berada ditempat jauh dan murka,tetapi aku adalah kekasih yang sempurna (Yohanes 4:16)
Dan adalah kerinduanku adalah untuk mengurniakan kasihku padamu..Semua itu adalah kerana engkau hambaku dan aku adalah tuhanmu(Yohanes 3:1)
Aku memberikan lebih dari apa yang diberikan oleh bapamu didunia (Matius 7:11)
Kerana ak adalah bapamu disyurga dan yang paling sempurna (Matius 5:48)
Setiap pemberian yang baik dan setiap anugerah yang sempurna yang engkau terima dariku (Yakobus 1:17)
Kerana Aku pemeliharamu dan Aku memberikan semua yang engkau perlukan (Matius 6:31-33)
Rancanganku yang diberikan padamu adalah hari depan yang penuh harapan (Yeremia 29:11)
Kerana aku mengasihi kau dengan kasih yang kekal (yeremia 31:3)
Fikiranku terhadap kau tidak terkira seperti pasir dipantai (Mazmur 139:17-18)
Dan aku bergirang kerana engkau bersuka ria dan sorak seri (zafenya 3:17)
Aku tidak pernah berhenti berbuat baik kepadamu (Yeremia 32:40)
Kerana engkaulah harta kesayanganku (Exodus 19:5)
Aku merindukan untuk mengukuhkan kau dengan hatiku dan jiwaku (Yeremia 32:41)
Bergembiralah kerana aku,kerana aku akan memberikan kepadamu apa yang diinginkn hatimu (mazmur 37:4)
Aku dapat melakukan lebih jauh dari apa yang kau fikirkan (Efesus 3:20)
Kerana akulah penghiburan abadi kepadamu (2-tessolanians 2 :16-17)
Akulah tuhan yang menghiburkanmu dalam segala penderitaanmu (2 korintus :3-4)
Ketika engkau patah hati,aku berada dekat padamu (Mazmur 34:18)
Suatu hari,aku akan menghapuskan air matamu,dan aku akan angkat semua kesusahanmu diatas muka bumi (revelation 21:3-4)
Akulah bapamu(tuhanmu) dan aku mengasihi kau seperti aku mengasihi putraku(nabiku),jesus(Isa ibn Maryam) [Yohanes 17:23]
Kerana didalam isa,kasihku(syariatku) padamu dinyatakan (Yohanes 17:26)
Ia datang untuk menyatakan bahawa aku dipihakmu(bersamamu) dan bukan untuk melawanmu (Roma 8:31)

No comments:
Post a Comment