Notes

This is a personal blog and everything written on this blog, is based on own and personal thought.The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and its just for personal purpose only.

Wednesday

Cara Solat Sunat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha



Kitab ‘Rahsia Sembahyang’
Haji Abdul Hadi Kamal (1972)
Imam Masjid Jamek Sabak Bernam Selangor.

SEMBAHYANG SUNAT TAHIYYATUL MASJID

Seseorang yang masuk ke dalam masjid mahulah di dahulukan kakinya yang kanan sambil membaca:

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
ALLAHUMMAGH FIRLI ZUNUBI WAF TAKH LI ABWABA RAHMATIKA.

Maksud: Ya Allah, cucurilah rahmat sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad saw,
Ya Allah, Ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu rahmat kamu.

Sebelum duduk mahulah lebih dahulu mengerjakan Sembahyang Tahiyyatul Masjid.
Lafaz niatnya:
USOLLI SUNNATAT TAHIYYATUL MASJIDI RAK NGATAINI LILLAHI TAALA.

Maksud: Aku sembahyang sunat kerana tahiyyat (menghormati) bagi masjid
dua rakaat kerana Allah taala.

Suatu hadith ada menerangkan:
“Apabila seseorang kamu masuk ke masjid mahulah sembahyang dua rakaat (Tahiyyatul Masjid) sebelum ia duduk.”

SEMBAHYANG SUNAT DHUHA

Sekurang-kurangnya Solat Dhuha dua rakaat.
Sehabis banyak delapan rakaat.
Masuk waktunya mulai daripada terbit matahari hingga tengah hari rambang.
Iaitu dikerjakan pada tiap-tiap dua rakaat satu salam.
Tetapi tiada disunatkan berjamaah.
Lafaz niatnya:
USOLLI SUNNATA DHUHA RAK NGATAINI LILLAHI TAALA.
Aku sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

Rasulullah saw ada menyebutkan satu hadith:

“Barangsiapa sunat dhuha dua belas rakaat dengan cara beriman dan mengharapkan pahala balasannya daripada Allah nescaya dituliskan baginya beribu-ribu kebajikan serta di hapuskan daripadanya beribu-ribu kejahatan, juga diangkatkan baginya beribu-ribu darjat, serta dibinakan baginya satu mahligai di dalam syurga, manakala segala dosanya di ampunkan.”

Sabdanya lagi:

“Barangsiapa sembahyang dua rakaat sunat dhuha, di baca pada rakaat yang pertama: Fatihah dan ayat kursi sebelas kali, kemudian rakaat yang kedua dibaca Fatihah dan QUL HUWALLAHU AHAD sebelas kali nescaya di wajibkan keridhaan allah.”

No comments: