Notes

This is a personal blog and everything written on this blog, is based on own and personal thought.The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and its just for personal purpose only.

Tuesday

Al- quran dan sains



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Selesai solat asar. saya melihat jam kian menjelang 5.45ptg."eh, petang ni ade ziarah, assignment blum buat lagi..." saya bermonolog.memikirkan assignment usrah yg telah ditaklifkan oleh naqib pada minggu yg lalu. gara-gara menangguh kerja masih belum berbuat apa2. namun sesal kemudian tiada guna nya. mlm itu juga saya perlu membentangkan assignment tersebut.dgn tajuk ALQURAN dan SAINS. tanpa berfikir panjang, saya menggunakan segala kemudahan yg ada utk mnyelesaikannya. terima kasih ya ALLAH atas segalanya.

jadi inilah hasil pencarian saya tapi saya yakin, ini hanya lah setitis dari seluruh lautan. masih byk lagi sebenarnya. benar2 membangun jiwa.inshaALLAH.

1.MAWAR DILANGIT




"maka apabila langit telah berbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak. maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"[arRahman55:37-38]

Ayat ini membuktikan mengenai kewujudan awan atau gas yg terbentuk dilangit yang kelihatan seperti bunga mawar.subhanALLAH.


2.THE DEEP SEA

"atau (keadaan org2 kafir) seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh gelombang, di atasnya ada (lagi) awan gelap. itulah gelap gulita yg berlapis-lapis. apabila dia mengeluarkan tangannya hampir tidak ada yang melihatnya. barangsiapa tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, maka dia tidak mempunyai cahaya sedikit pun"[anNur24:40]

para "oceanography" telah mendapati bahawa terdapat satu lapisan yg sangat dalam wujud di dalam laut di dunia ini. lapisan tersebut dinamakan "the deep sea"(lautan dalam). lapisan dalam tersebut sgt gelap. setiap hidupan yg hidup dalam lapisan tersebut tidak mempunyai mata. sebagai ganti, ALLAH telah mengurniakan mereka dengan organ deria elektromagnetik utk mereka mencari makanan dan mengesan musuh. dan ayat di atas telah menerangkan fakta ttg kejadian ini.


(antara hidupan yg wujud di "lautan dalam"(deep sea).ikan ini di gelar flashlight fish yg mempunya bioluminescence organ iaitu organ yg membantu hidupan ini melihat dan mengesan dgn bntuan cahaya)


dan dalam ayat yg lain, juga telah menceritakan fakta yg telah di temui oleh para "oceanography" ini, tentang pembahagian laut. menurut kajian mereka, laut ini terbahagi mengikut 3 aspek, 1.ketumpatan, 2. kemasinan, 3.suhu. dan menurut mereka lagi, laut terbahagi melalui ke 3-3 aspek ini mengikut keadaan lokasinya. dan dalam AlQuran telah menyebut dengan ringkas ttg pembahagian laut mengikut batas2 tertentu.

"Dia membiarkan dua laut mengalir yg (kemudian) keduanya bertemu() Di antara keduanya ada batas yg tidak dilampaui oleh masing2"[arRahman55:19-22]

subhanALLAH!

3.PAIN RECEPTOR (SKIN)

"sungguh,org2 yg kafir terhadap ayat2 kami, kelak akan kami masukkan ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus,kami ganti dgn kulit yg lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh ALLAH maha Perkasa, maha Bijaksana"[anNisa4:56]

daripada ayt ini, jelas skali ALLAH memberitahu manusia, tentang kewujudan "pain receptor"(penerima rasa sakit) pada kulit. Ayat "agar mereka merasakan azab" itu sgt jelas menyatakan bahawa pada kulit, terdapatnya "pain receptor" yg memberi rasa sakit kpada makhluk yg mmpunyai kulit.subhanALLAH!

4.BUMI DAN LANGIT BERASAL DARI GAS

Menurut saintis dalam kajian abad ini, langit dan bumi berasal dari 1 kepulan asap yg satu. kemudian terpisah menjadi langit dan bumi. dan ini sebnarnya telah pun diberitahu pada 1400 thun dahulu melalui Rasulullah saw dalam AlQuran.

"Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih beupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, "Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa." Keduanya menjawab, "kami datang dengan patuh."[Fussilat41:11]

"Dan apakah org2 kafir tidak megetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yg hidup berasal dari air;maka mengapa mereka tidak beriman?"[Anbiya'21;30]


~SubhanALLAH!~


5. KEJADIAN MANUSIA

Peringkat kejadian manusia yg di temui para saintis juga telah pun di sebut dalam AlQuran.

"Wahai manusia, jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yg sempurna kejadiannya dan yg tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu;dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yg sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian dengan (beransur2) kamu sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yg diwafatkan dan (ada pula)di antara kamu yg dikembalikan sampai usia sangat tua (pikun), sehingga dia tidak megetahui lagi sesuatu yg telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudiannya apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya hiduplah bumi itu dan menjadi suburdan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh2an yg indah" [alHajj22:5]

subhanALLAH!

6. TEKNOLOGI PENGANGKUTAN

Bukan sekadar sains shj di ceritakan dalam alQuran, teknologi juga menjadi isi alQuran itu sendiri.

"Dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal, dan keldai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah telah menciptakan apa yg tidak kamu ketahui"[anNahl16:8]

Dari ayat tersebut ALLAH telah menyebut ttg teknologi pengangkutan yg wujud pada zaman dahulu dan akan datang kenderaan yg belum manusia tahu pada ketika itu yakni sekarang. wujudnya pelbagai jenis kenderaan yg hakikatnya ALLAH telah jadikan. alQuran juga mengajar kita bagaimana utk mensyukuri pemberian kenderaan yg telah ALLAH kurniakan.

"Agar kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan agar kamu mengucapkan, "Mahasuci (ALLAH) yg telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelumnyatidak mampu menguasainya, () dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami."[azZukhruf43:13-14]



berikut adalah sumber2 yg saya gunakan

1.AlQuran kareem
2.http://hikmatun.wordpress.com/
3.http://www.miraclesofthequran.com/scientific_index.html
4.http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban.php
5.http://pkukmweb.ukm.my/~nazl/SAINSDANALQURAN.html

Moga ALLAH memberi kekuatan kepada anda saya dan ummah seluruhnya utk beramal dan moga dilimpahkan petunjuk, hidayah serta inayahNYA.amin
wallahu'alam.

No comments: