Ratuku,
ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
tentang bimbangku ini taktala melihat bunga-bunga berguguran,
dipetik daripada tangan-tangan yang ganas,
lagi bernafsu serakah..
Ratuku,
kebimbanganku ini,
masih menebal,
apabila kudengar,
dengungan kumbang perosak,
yang cuba menyedut madumu,
walau tanpa relamu..
Ratuku,
kebimbanganku bertambah lagi,
bila ku melihat bunga,
yang tak segan silu,
melampiaskan kecantikannya,
ketika sedang mekar,
melupakan kuntuman,
yang sebelum ini melindungunya..
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
masih wujudkah lagi,
ratu idaman hatiku
kerana apa yang ku lihat hari ni
banyak bunga-bunga yang gugur,
bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku,
bukanklahku harap,
kau segigih siti hajar,
yang berlari-lari,
antara safa dan marwah,
bukan juga sesetia ainul mardhiah,
menanti kekasih dipintu syurga,
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah siti khadijah
mahupun siti fatimah
Engkau bukan aisya humaira'
Bukan juga rabiatul adawiyah,
wanita suci terpuji.
kerana,
aku tidak layak mengharap sedemikian.
Cukuplah sekadar,
kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
kembang mekar mewangi,
sehingga harumnya,
melewati pintu-pintu syurga.
Jangan kau risau ratuku,
kadangkala musim berganti,
sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
sedangkan itu,
hanya ujian bagimu.


No comments:
Post a Comment