Daripada Abu Hurairah R.A : Rasullulah S.A.W bersabda bahawa allah s.w.t telah berfirman " Kemuliaan adalah serbanku dan kesombongan adalah sarungku. Barang siapa yang merampasnya,nescaya akan aku campakkan mereka ke dalam neraka" (Riwayat abu daud)
Definisi
Takabbur adalah ibu kepada sifat mazmumah.Takabbur sering menyerang individu yang mempunyai potensi. Lebih banyak potensi yang dimiliki oleh seseorang,maka lebih terdedahlah dia kepada sifat takabbur. Semuanya gara-gara merasakan diri "lebih" dan orang lain "kurang". Berasa diri mulia,orang lain hina. Rasullah S.A.W memberi definisi yang tepat dan padat tentang takabbur menerusi sabdanya yang bermaksud "... sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina makhluk" (Riwayat Muslim no. 275)
Para Ulama' menjelaskan ada tiga ciri utama individu yang takabbur. Ciri-ciri itu adalah:
- Merasa diri lebih baik
- Menghina orang lain
- Menolak kebenaran
Ketiga-tiga sifat itu menyerang manusia dalam bentuk pakej. Ketiga-tiganya adalah serentak. Ia saling berkait antara satu sama lain. Apabila merasakan diri lebih baik , mulia dan tinggi,seseorang itu cenderung memandang orang lain buruk,hina dan rendah. Apabila dia sifat itu mendominasi seseorang maka akan jadi terlalu obses dalam dirinya sendiri. Ketika itu,dia akan menolak apa sahaja pandangan , saranan dan teguran daripada orang lain walaupun benar.Berbeza pula dengan orang yang tawaduk,berdedikasi dan menghargai orang lain.Mereka melihat dunia ini sebagai medan perkongsian untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan.
Ciri-ciri takabbur :
- Tidak suka Berdoa kepada Allah kerana doa adalah lambang perhambaan kita kepada Allah S..W.T
- Sukar Memberi dan meminta maaf
- Memotong cakap orang lain
- Gila Kuasa dan jawatan
- Cara berpakaian dan berjalan orang angkuh
- Gila Pujian
- Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
- Tidak suka berziarah
Punca takabbur:
Menurut imam ghazali,punca takabbur itu terbahagi kepada dua.Pertama,takabbur dalam urusan agama yaitu kerana ilmu dan amalanya.Kedua,takabbur dalam urusan dunia pula terbahagi kepada lima yakni,keturunan,kecantikan dan ketampanan rupa,kekuatan dan keperkasaan tubuh badan.
Kesan Takabbur
- Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur
- Tidak disukai Allah
- Terhalang daripada masuk syurga
- Idaman neraka jahanam
- Terjerumus dalam maksiat
- Allh tidak akan memandang kepadanya


No comments:
Post a Comment