Notes

This is a personal blog and everything written on this blog, is based on own and personal thought.The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and its just for personal purpose only.

Friday

Israel Pujuk Turkey melupakan Gaza


 Firman Allah S.W.T : Orang - orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) (Al-baqarah - 120)

ANKARA 1 Julai - Menteri Turki dan Israel mengadakan pertemuan rahsia di Brussels untuk mencari jalan damai berikutan krisis yang timbul selepas serangan komando Zionis ke atas flotila bantuan ke Gaza bulan lalu.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu dan Menteri Perdagangan Israel, Benjamin Ben Eliezer bertemu selama lebih dua jam semalam di Brussels ketika Davutoglu dalam rangka lawatan bagi membincangkan usaha negara ini untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

"Perbincangan itu berjalan semalam di Brussels atas permintaan Israel. Kami telahpun menyampaikan nota kepada Israel tentang apa yang kami mahukan daripada mereka... Permintaan kami itu ditegaskan sekali lagi dalam pertemuan itu," kata pegawai itu.

Ia merupakan mesyuarat dua hala pertama peringkat menteri sejak hubungan antara kedua-dua negara sekutu ini renggang pada 31 Mei lalu apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang membawa bantuan ke Genting Gaza.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai merosotnya hubungan Israel-Turki.

Lapan rakyat Turki dan seorang warga AS-Turki terbunuh dalam serbuan komando Israel itu yang merencatkan hubungan dua hala kedua-dua negara itu, yang mula bermasalah sejak Israel melancarkan perang ke atas Gaza tahun lalu.

Ankara memanggil pulang dutanya dari Tel Aviv dan membatalkan tiga latihan perang bersama, selain melarang pesawat tentera Israel daripada menggunakan ruang udaranya.

Pegawai kanan Turki mahu Israel meminta maaf berhubung korban dalam serangan ke atas flotila itu, memberi pampasan kepada keluarga mangsa, bersetuju untuk berhadapan siasatan antarabangsa dan membebaskan tiga kapal Turki yang ditahan.

Turki juga mahu sekatan ke atas Gaza dihentikan.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut menimbulkan kemarahan Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman yang dikenali sebagai lancang dan sombong, yang menyelar tindakan itu sebagai satu penghinaan kepada Kementerian Luar dan Perdana Menteri Israel. - AFP

No comments: